CAKERA TERGELINCIR?? (Slipped Disc)

      No Comments on CAKERA TERGELINCIR?? (Slipped Disc)

Ada beberapa orang diantara rakan-rakan saya yang mengalami masalah slipped disc ini berkongsi dengan saya apa yang mereka rasa ketika sakit itu datang. Rata-rata mengatakan bahawa kesakitan yang dialami sampai tidak tertahan. Jadi saya mencari info berkenaan slipped disc dan akan kongsikan di entry ini dengan bahasa yang mudah.

CAKERA INTERVERTEBRA
Sebelum kita pergi lebih mendalam, di bawah adalah gambar cakera intervertebra yang mempengaruhi rasa sakit di tulang belakang setiap manusia.
Cakera intervertebra adalah cakera yang terletak di antara setiap celahan tulang belakang. Kandungan yang ada di dalam cakera intervertebra dinamakan sebagai nucleus polposus. Jangan risau, saya tak akan gunakan nama-nama pelik ini untuk kefahaman bacaan umum. Cukup untuk sekadar kita mengetahui sedikit info berkenaan struktur tulang belakang badan kita.

PUNCA
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan slipped disc. Antaranya ialah:

Keturunan: Ada sebahagian pesakit yang mengalami masalah slipped disc ini dari awal remaja lagi. Ini kerana memang terdapat genetik yang diwarisi dari keturunan terdahulu. Sangat menyedihkan.

Berat Badan: Badan yang terlalu berat akan membuatkan bahagian pinggang dan kaki terpaksa bekerja lebih keras untuk menampungnya.

Cara Kerja: Apabila seseorang mengangkat barang berat dengan terlalu kerap, tekanan yang dihasilkan untuk menampung berat beban akan meninggikan risiko terjadinya masalah slipped disc. Kerja-kerja yang dimaksudkan seperti mengangkat barang, bertukang, berkebun, dan lain-lain.

 

 

 

KESAN
Kesan yang dihadapi oleh pesakit yang mengalami masalah slipped disc ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang:

Kesan Jangka Pendek:
– Rasa kebas yang datang secara tiba-tiba dan tidak menentu di bahagian sendi.
– Sakit yang kuat di bahagian pinggang dan ke bawah.
– Sukar menggerakkan kaki ataupun rasa lembek pada bahagian kaki sehingga tidak mampu untuk menggerakkan kaki seperti selalu.

Kesan Jangka Panjang:
– Lumpuh. Risiko untuk pesakit slipped disc adalah tinggi kerana tulang belakang telah terjejas.
– Perkumuhan. Kencing tak lawas/ tak tus, dan juga masalah tidak boleh mengawal berak akan terjadi sekiranya pesakit mengalami masalah slipped disc.

CARA ATASI
Topik di atas (kesan yang dihadapi) saya bahagikan kepada dua, untuk topik cara mengatasi ini juga saya bahagikan kepada dua bahagian. Cara mengatasi jangka pendek dan cara mengatasi untuk kelegaan jangka panjang.

Cara Atasi – Jangka Pendek:
– Rehat secukupnya. Pastikan jika belakang badan terasa sakit terus rehat dengan cara duduk bersandar tegak ataupun baring lurus. Pastikan rehat sehingga rasa sakit berkurang dan kemudian bolehlah teruskan pekerjaan yang ditinggalkan.
– Ubat tahan sakit. Ambil painkiller dengan teratur mengikut saranan doktor. Pastikan tidak mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan. Dapatkan nasihat dari doktor dahulu.
– Tidak melakukan pekerjaan secara berterusan dengan kadar yang lama. Ambil sedikit masa untuk regangkan badan setiap satu jam.
– Pakai bengkung badan jika anda melakukan pekerjaan yang memerlukan tenaga yang lebih di bahagian badan.

Cara Atasi – Jangka Panjang:
– Xray. Walaupun xray tidak dapat kesan kerosakan di sekitar cakera intervertebra, tetapi dengan hasil xray doktor boleh melihat jarak antara setiap tulang belakang dan boleh menentukan tulang belakang yang mana yang telah kekurangan nucleus polposus.
– CT scan. Dapatkan khidmat doktor di hospital jika kesakitan yang dihadapi semakin teruk. Dengan ct scan doktor boleh kesan apa jua kerosakan di tulang belakang anda.
– Pembedahan. Jika keadaan semakin teruk, pembedahan boleh dilakukan untuk membetulkan kedudukan struktur tulang belakang anda.

KESIMPULAN
Jagalah tulang belakang anda. Berpada-pada ketika melakukan aktviti. Jangan ingat umur masih muda boleh lakukan apa sahaja sehingga boleh menjejaskan kehidupan hari tua. Slipped disc boleh terjadi dengan apa juga punca.

Jika anda rasa entry tentang slipped disc ini berguna, sila share untuk manfaat orang lain. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *