TENTANG KAMI

LATAR BELAKANG SYARIKAT DAN DITABIRNYA

MOOYAH TRADING (SA0490078-U) merupakan syarikat milik penuh bumiputra yang didaftarkan pada tahun 2018. Syarikat ini menfokuskan dalam membekalkan produk kesihatan dan kosmetik yang berkualiti premium. Mooyah Trading diasaskan oleh En. Mohd Fatih yang mempunyai pengalaman di dalam dunia perniagaan produk kesihatan selama lebih 6 tahun.

 

Berbekalkan pengalaman sejak tahun 2012 di dalam dunia produk kesihatan, ianya boleh dianggap sudah sebati dengan jiwa dan raganya, Bermula tahun 2018, En. Mohd Fatih bertindak untuk melangkah lebih jauh dengan menubuhkan syarikat sendiri dan bertekad untuk mengeluarkan lebih banyak produk-produk kesihatan yang dapat membantu semua golongan rakyat Malaysia dalam menjalani gaya hidup sihat.

Mendapat Pendidikan secara formal tentang dunia perniagaan, anak muda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia ini berhasrat untuk menjadikan perniagaan salah satu cabang utama dalam kehidupan rakyat Malaysia yang lain. Bercita-cita tinggi untuk berjaya dengan membawa jenama sendiri ke persada dunia membawa kepada kemunculan produk pertama di bawah naungan Mooyah Trading; Waizy Krim Badan.

Perkongsian ilmu, rahsia dan pengalaman dalam bidang produk kesihatan secara terus dari bapanya seterusnya membuatkan En. Mohd Fatih yakin produk yang dikeluarkan oleh syarikat Mooyah Trading akan meyakinkan pengguna. Selain dari mengkhususkan pengeluaran produk, tujuan utama penubuhan Mooyah Trading juga adalah untuk membantu kepada sesiapa yang berminat dalam dunia perniagaan untuk menambah pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen. Ini seterusnya akan merancakkan lagi ekonomi negara Malaysia amnya dan rakyat Malaysia khususnya.

 

MENGAPA WAIZY KRIM BADAN MENJADI PRODUK PERTAMA

Waizy Krim Badan mengkhususkan kepada pengguna yang berumur 45 tahun dan ke atas. Ini kerana masalah utama rakyat Malaysia pada masa kini adalah kekurangan masa untuk membuat senaman.
Ini akan mengakibatkan kurangnya pergerakan dan menjadikan otot-otot di badan menjadi lemah dan sering jatuh sakit.