LOMPAT TALI vs SAKIT BETIS (Shin Splints)

Lompat tali adalah satu sukan yang semakin digemari oleh rakyat Malaysia. Mungkin berpunca daripada kesan PKP yang diarahkan oleh kerajaan Malaysia, dan juga keinginan memuncak rakyat Malaysia sendiri yang ingin untuk terus bersukan, maka sukan lompat tali atau lebih mesra dikenali dengan panggilan skipping @ jumprope mula mendapat perhatian. 

Banyak video-video tak kira dari amatur dan juga yang sudah expert dalam bidang skipping tersebar di media sosial. Ramai juga influencer yang mula menjebakkan diri dalam sukan skipping dan yang seronoknya menyeru pengikut mereka untuk bersukan bersama. Ini adalah satu trend yang bagi kami sangat baik. 

Baik, kali ini kami akan menceritakan sedikit berkenaan satu masalah yang selalu, dan wajib akan dilalui oleh sesiapa pun yang baru-baru saja nak bergiat aktif dalam bidang sukan skipping. 

SHIN SPLINTS atau lebih mesra dikenali dengan nama SAKIT BETIS adalah satu perkara terburuk yang wajib dilalui oleh para skippers/jump ropers ini. Persoalannya, adakah semua orang akan rasa?

Jawapannya; YA. Semua pun akan rasa sakit di bahagian betis bila mula bergiat aktif dengan sukan skipping. 

Jom kita sama-sama mendalami apakah yang sebenarnya Shin Splints ini.

APAKAH SHIN SPLINTS:

  • Shin Splints ialah sejenis kecederaan yang dirasai di bahagian hadapan kaki, lebih tepat di bahagian betis. 
  • Tulang keting (tibia) akan berasa kejang akibat tekanan yang dihadapi dek kerana pergerakan yang berulang-ulang kali.

 

SIMPTOM:

  • Rasa sakit yang mencucuk sehingga membuatkan pesakit tidak mampu untuk menggerakkan tumit kaki untuk berjalan. 
  • Rasa kejang di bahagian betis sehingga kesan sakit turut dirasakan di bahagian pinggang.
  • Badan rasa lemah dan lesu kerana sentiasa menahan kesakitan di bahagian betis.

PUNCA:

  • Bagi sukan skipping, punca utama semestinya datang daripada pergerakan berulang-ulang yang dilakukan ketika melakukan lompatan dan mendarat. 
  • Anda mungkin tahu, ataupun baru tahu, bahawa sukan skipping memerlukan seseorang untuk melakukan landing dan lompatan hanya dengan menggunakan bahagian hadapan kaki. Oleh kerana itu, tulang keting amat diperlukan bagi menyokong seluruh tubuh dan juga mengalirkan tenaga yang lebih ke bahagian hadapan tapak kaki.
  • Disebabkan pergerakan mendarat dan melompat yang berulang-ulang kali dilakukan semasa sesi skipping, tulang keting perlu bekerja lebih keras dan akan membuatkan seluruh bahagian betis berasa kejang. 

PENCEGAHAN:

  • Di dalam sukan skipping, tiada pencegahan secara tepat bagaimana untuk mengelakkan seseorang mendapat shin splints ini. Ini kerana postur badan yang wajib untuk menjinjit setiap kali melompat. 
  • Tetapi apa yang boleh dibuat adalah rehatkan diri dari melakukan aktiviti skipping semasa kaki berasa sakit. Selalunya rasa sakit akan hilang dalam masa 2 hingga 3 hari bergantung cara rehat masing-masing. 

  • Terus lakukan skipping sebaik sahaja rasa sakit hilang. Ini bertujuan bagi melatih kaki untuk membiasakannya dengan pergerakan laju dan berulang-ulang yang akan dilakukan semasa sesi skipping. 
  • Rasa sakit shin splints akan hilang sendiri selepas 2 hingga 3 bulan skipping kerana kaki anda telah terbiasa secara automatik jika anda skipping setiap hari (pastikan tidak skipping semasa kaki sakit)
  • Lakukan senaman regangan sebelum sesi skipping. Fokuskan kepada bahagian kaki kerana banyak pergerakan yang dilakukan di bahagian kaki semasa skipping. 

 

RAWATAN:

Jika sudah terkena shin splints, apakah yang perlu dibuat untuk mengurangkan rasa sakit?

  • Anda perlulah berehat. Shin splints ataupun sakit betis ini tidak dirasakan semasa melompat, tetapi ianya akan terasa selepas 4 hingga 6 jam sesi skipping. 
  • Tuam hot pack ketika rasa sakit. Tujuannya untuk melegakan rasa sakit yang dialami. 

  • Sapukan minyak angin. Anda juga digalakkan untuk menyapu Losyen panas di tempat yang sakit sebelum tidur. Pastikan sapu losyen panas selepas selesai tuam hotpack. 
  • Rehat secukupnya. Jangan terlalu memaksa diri untuk meneruskan aktiviti skipping ketika kaki berasa masih lagi sakit. 

Apa-apa pun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, shin splints adalah satu “nikmat” yang wajib dirasai oleh sesiapa yang baru memulakan aktiviti skipping. Dan jangan terkejut, yang dah lama skipping pun boleh rasa sakit betis ni apabila ingin belajar trick-trick baru skipping. Orang jawa cakap ‘just enjoy the feel, no pain no gain’ kan 😂

Selamat berskipping / berlompat tali / berjump rope.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *