6 TIPS MUDAH ELAK SAKIT TENGKUK

      No Comments on 6 TIPS MUDAH ELAK SAKIT TENGKUK

Sakit tengkuk adalah salah satu rasa sakit yang tidak berpanjangan. Tetapi walaupun ianya tidak berpanjangan, rasa sakit yang dialami membuatkan kehidupan seharian terasa sangat tidak menyelesakan.

Terdapat beberapa punca sakit tengkuk. Antaranya ialah:

  • Posisi tidur yang salah
  • Membawa beban yang berat di bahagian bahu
  • Postur badan salah dalam tempoh yang berpanjangan
  • Pemilihan pakaian yang salah seperti kasut tumit tinggi
  • Pergerakan leher yang salah seperti mendongak terlalu lama

Di sini kami akan berikan 6 Tips ringkas bagaimana untuk mengelakkan sakit tengkuk dan juga melegakan rasa sakit tengkuk. Mari teruskan bacaan:

BANTAL
Pilih bantal yang betul. Contohnya bantal tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu nipis. Cara untuk memilih bantal yang sesuai, baring mengiring dan letakkan bantal di bawah kepala yang sedang di dalam posisi mengiring. Jika kepala terasa selesa dengan ketinggian bantal, gunakan bantal dengan saiz ketinggian yang sama untuk sepanjang masa.

Terdapat banyak pilihan bantal masa kini. Ada juga yang menawarkan bantal bertaraf hotel dengan harga yang munasabah. Pilihan di tangan anda.

Selain itu, pastikan tidur di tempat yang sesuai. Elakkan tidur di atas kerusi dengan posisi mendongak ataupun posisi kepala terlangkup ke bawah. Pastikan sentiasa bawa bantal leher jika bepergian jauh untuk mengelakkan rasa sakit ketika bangun dari tidur.

Contoh gaya tidur di atas kerusi yang sangat tidak elok untuk ditiru.

PEK AIS
Pek ais sangat sesuai digunakan untuk rasa sakit yang tidak terlalu kuat. Sakit tengkuk akan hilang dengan sendiri. Cuma ia akan memakan sedikit masa. Untuk kelegaan pantas, gunakan pek ais dan tuam di sekitar tengkuk.
Selain dari untuk melegakan sakit tengkuk, pek ais juga sangat elok digunakan selepas bersenam. Kegunaannya untuk melegakan rasa penat selepas bersenam.
Balut ais dengan kain nipis dan tekapkan di sekitar tengkuk. Alihkan di sepanjang tengkuk sekejap-sekejap sehingga tengkuk berasa selesa.
Untuk lebih mudah, boleh beli pek ais sedia siap di kedai-kedai kesihatan atau farmasi berdekatan.

Ketebalan pembungkus pek ais sangat penting untuk diambil kira bagi membolehkan pengguna berasa selesa dengan tahap maksimum.

PEK PANAS
Selain pek ais, pek panas juga sesuai digunakan untuk memberi kelegaan jika rasa sakit tengkuk berpanjangan ataupun sakit yang teramat sangat. Pastikan pek panas tidak terlalu panas, dikhuatiri akan membuatkan kulit terasa pijar.
boleh ke farmasi untuk dapatkan pek panas yang sesuai dan dapatkan nasihat cara penggunaan yang betul.

Pastikan pek panas yang digunakan adalah pek panas yang selamat dan diluluskan Kementerian Kesihatan malaysia dan SIRIM

PITA KINESEO
Pernah lihat pemain bola yang lekatkan pita di sekitar kaki mereka?
Jika pernah, itulah pita kineseo. Pita Kineseo digunakan untuk melegakan rasa tegang pada otot. Terdapat banyak jenama pita kineseo di pasaran.
Dapatkan pita kineseo yang diluluskan. Beli di farmasi dan lihat dulu cara penggunaan di youtube. Contohnya seperti di bawah ini:

 SENAMAN LEHER
Lakukan senaman leher setiap pagi. Di bawah diberikan contoh senaman yang boleh dipraktikkan. Buat senaman dengan kadar yang tenang dan tidak terlalu gopoh gapah. Buat dalam kiraan 8 di setiap pergerakan.

Pastikan buat dalam keadaan terkawal. Jangan terlalu cepat sehingga membuatkan leher terseliuh.

 LOSYEN PANAS
Untuk keselesaan yang berpanjangan, sapukan losyen panas di sekitar tengkuk dengan cara yang betul. Losyen panas boleh mendatangkan rasa selesa. Tengkuk selesa, hari pun ceria. Dapatkan losyen panas yang diluluskan KKM dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang.

Dapatkan Waizy Krim Badan segera. Sesuai untuk melegakan rasa tidak selesa tengkuk anda. Klik sini untuk ketahui lebih lanjut. 

 

Selamat beramal dan semoga sembuh untuk para pembaca sekalian yang selalu menghidapi masalah sakit tengkuk.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *