5 LANGKAH PENGGUNAAN LOSYEN PANAS YANG TERBUKTI BERKESAN

Seringkali kita menggunakan losyen panas dan selepas penggunaan akan rasa pijar ataupun panas terlampau. Ini kerana cara yang kita gunakan selama ini adalah cara yang salah. Di sini penulis akan bongkarkan langkah yang betul bagaimana untuk mengaplikasikan losyen panas ke atas kulit di bahagian anggota badan yang sakit.
Terdapat 5 langkah yang mudah dan tidak melecehkan dan semestinya jika pengguna menggunakan losyen panas dengan langkah-langkah yang diberikan akan merasakan sensasi panas dan segar yang lebih berpanjangan.

  1. KENALPASTI LOSYEN PANAS
    Perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah; pengguna wajib mengetahui jenis losyen panas yang akan digunakan. “Mengetahui” di sini adalah dengan memastikan tarikh luput, Period After Open (PAO), dan juga NOT / MAL yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Baik, mari kupas satu persatu:
    Tarikh Luput – Kebiasaanya tarikh luput bagi sesuatu produk kesihatan adalah dalam lingkungan 1 tahun hingga 3 tahun. Lihat di belakang atau di bawah botol, cari tarikh luput dan jika sekiranya sudah melebihi tarikh luput, buang sahaja losyen panas anda. Dikhuatiri akan mendatangkan iritasi kepada kulit pengguna.
    PAO – Period After Open boleh dilihat di label botol losyen panas anda. Samada di label botol atau di label kotak. Ianya juga penting kerana tempoh masa yang diberikan oleh pengeluar produk untuk PAO adalah berdasarkan kajian sebelum sesuatu produk itu dikeluarkan. Lazimnya PAO bagi sesuatu produk adalah 6 hingga 12 bulan. PAO bermaksud tempoh masa yang boleh digunakan selepas penutup botol dibuka untuk pertama kali. Cadangan penulis, sebaiknya tulis di atas botol dengan marker pen tarikh pertama kali pengguna membuka penutup botol.
    NOT / MAL – No siri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk produk kecantikan dan juga kesihatan. Jauhkan diri dari produk timbang kilo oke.

    WAIZY KRIM BADAN

    Tertera semua maklumat berkenaan PAO, NOT dan tarikh luput. Pastikan semua ni ada dan baharulah boleh gunakan losyen panas anda dengan yakin.

  2. COLEK/PICIT LOSYEN PANAS
    Untuk pengguna losyen panas yang pertama kali memakai losyen panas, anda dinasihatkan untuk menggunakannya dengan kuantiti yang sangat sedikit dahulu. Ini kerana setiap losyen panas mengandungi level panas yang berlainan.
    Bukan itu sahaja, malahan kulit kita sendiri pun mempunyai ketebalan yang berlainan. Contohnya kulit di bahagian kaki lebih tebal berbanding kulit di bahagian pinggang dan perut.
    jadi sebaiknya gunakan sedikit dahulu dan tambahkan kuantiti di setiap kali penggunaan sehingga anda jumpa volume yang sesuai untuk kulit anda. Jangan samakan kulit kita dengan kulit orang sebelah.

    WAIZY KRIM BADAN

    Ambil sedikit dan letakkan di atas tapak tangan. Tolong jangan terus letak banyak oke.

  3. GOSOK DI TAPAK TANGAN
    Kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna losyen panas adalah dengan terus meletakkan secalit losyen panas ke tempat yang sakit. Ini adalah salah sama sekali.
    Cara yang betul adalah dengan meletakkan dahulu losyen panas ke tapak tangan anda dan gesekkan kedua belah tapak tangan. Tidak perlu gesek dengan lama, cukup hanya sekali atau dua gesekan sahaja untuk meratakan losyen.
    Tujuan berbuat begitu adalah untuk meratakan losyen panas ke seluruh tapak tangan. Rasa panas yang setara dan rata akan menghasilkan lebih kesan kepada bahagian badan yang sakit.
    Apa yang anda perlu tahu, jika ada bahagian badan yang sakit, rawatan juga diperlukan untuk bahagian sekelilingnya. Contohnya jika sakit lutut, bahagian peha dan betis juga perlu untuk diberikan perhatian. Ini kerana punca sakit boleh jadi datang dari penggunaan berlebihan otot/sendi di bahagian peha atau betis. Disebabkan itu sapuan yang rata ke bahagian yang sakit dan kawasan sekitarnya amatlah disarankan.
    Apakah kesan jika sekiranya terus letak losyen panas di bahagian yang sakit? – Kulit akan terasa pijar kerana sapuan yang tidak rata. perkara ini akan dijelaskan di point seterusnya.

    WAIZY KRIM BADAN

    Sapukan losyen di kedua belah tapak tangan dengan lembut. Cukup hanya sekali atau dua kali gesekan untuk meratakan keseluruhan losyen panas ke serata tapak tangan.

  4. SAPU RATA
    Terdapat persoalan berkenaan kesan sekiranya sapuan losyen panas tidak rata ke kawasan sakit.
    Kesan yang akan pengguna rasa adalah rasa pijar dan panas yang berlebihan sehingga menyebabkan rasa tidak selesa yang teramat sangat. Akibatnya adalah pengguna terpaksa membasuh kembali kawasan yang disapukan losyen panas. Kan membazir tu.
    Jadi, di sini kita boleh lihat betapa pentingnya sapuan rata ke atas kawasan kulit. Perlu diingat bahawa yang sakit adalah sendi dan otot, bukannya kulit. Apabila kulit terasa tidak selesa, macammana rasa segar tu nak sampai terus ke bahagian lebih dalam?
    Dengan penggunaan yang betul, kulit akan rasa segar, sakit sengal lenguh pun boleh hilang seketika, kerja pun boleh dilaksanakan dengan nyaman.

    WAIZY KRIM BADAN

    Sapukan losyen panas secara rata ke bahagian yang sakit. Jangan lupa sapu juga di bahagian sekeliling yang sakit tapi dengan kadar yang sedikit.

  5. BASUH TANGAN
    Langkah yang terakhir ini adalah yang paling penting setelah anda selesai mengaplikasikan losyen panas ke bahagian tubuh badan anda yang sakit. Jika tidak dibuat, kesannya boleh dirasakan orang-orag sekeliling anda 🙂
    Setelah selesai semua, pastikan tangan anda dibasuh sebersih-bersihnya. Gunakan air bersih dan sabun. Gosok di celah-celah jari sehingga anda pasti tiada lagi sisa losyen panas yang tinggal.
    Jika anda masih lagi merasakan kehadiran bau losyen panas, biarkan ia. Kerana bau losyen panas akan bertahan lama walaupun setelah dibasuh. Sebab itu penulis sarankan anda gunakan losyen panas yang berbau segar. Sambil-sambil buat kerja anda boleh hidu tangan anda untuk mendapatkan lebih kesegaran.

    WAIZY KRIM BADAN

    Basuhlah tangan dengan menggunakan 7 kaedah basuhan tangan dengan betul. Gosok sebersih-bersihnya di celahan jari. Pastikan tangan anda jauh dari mata untuk seketika walaupun setelah dibasuh.

Sekian sahaja 5 langkah mudah menggunakan losyen panas dengan berkesan dari kami. Penulis mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang mengikuti langkah-langkah ini. Dan semoga anda semua beroleh kesihatan yang baik, kekuatan dalam melakukan amal ibadah, dan hari yang ceria. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *