KETAHUI PUNCA SAKIT TENGKUK

      No Comments on KETAHUI PUNCA SAKIT TENGKUK

Sakit tengkuk adalah salah satu sakit minor yang membuatkan hari anda berasa sangat tidak selesa. Tapi sebelum tu, jom ambil tahu sedikit sebanyak fakta ringkas tentang tengkuk anda.

Tengkuk adalah salah satu anggota badan yang sangat penting. Tengkuk dan leher adalah satu bahagian yang sama. Tapi agak jarang kita dengar bila ada yang sakit di bahagian tengkuk, mereka akan guna istilah “sakit leher”, lebih sinonim dengan panggilan “sakit tengkuk”. Mana-mana nama pun, ianya adalah sakit di tempat yang sama.
Percaya atau tidak, tanpa tengkuk, kita tidak boleh menoleh kiri atau kanan. Jelas dengan fungsi seremeh itu sahaja kita dah boleh bayangkan betapa rumitnya kehidupan tanpa adanya tengkuk.

Di sini kami akan senaraikan beberapa info berkenaan masalah yang selalu dihadapi oleh kita semua berkaitan dengan tengkuk.

PUNCA SAKIT TENGKUK
Banyak sebenarnya punca-punca yang boleh mengakibatkan kesakitan di bahagian tengkuk. Selalunya kita tidak sedar pun kita dah lakukan beberapa kesilapan ni sehinggalah kita diserang dengan rasa sakit di bahagian tengkuk kita. Jadi, mari kita telusuri satu persatu:

Posisi tidur
Ini adalah masalah utama yang sering melanda kita semua. Salah tidur terjadi disebabkan kedudukan kepala yang terletak tidak betul dan tidak selesa ketika tidur.
Pemilihan bantal juga harus dititikberatkan supaya kedudukan kepala semasa tidur betul dan tidak menyebabkan rasa tidak selesa.
Jangan gunakan bantal yang terlalu tinggi, atau tidur hanya berlapikkan tangan kerana  boleh menyebabkan tengkuk berasa sakit ketika bangun dari tidur.

Beban bawaan yang berlebihan
Walaupun kita mampu untuk membawa beban yang beratnya berganda-ganda dari berata badan kita, tetapi amalan ini sangat tidak digalakkan untuk jangka masa lama. Selalunya membawa beg yang terlalu berat dalam jangka masa lama boleh menyebabkan otot di sekitar tengkuk menjadi letih dan akan mengakibatkan tengkuk menjadi sakit. Satu lagi punca adalah selalu dukung anak di atas bahu, kebanyakan para bapa selalu buat begini. Ini juga boleh mengundang sakit tengkuk.

Kedudukan badan ketika melakukan pekerjaan
Penggunaan kerusi yang tidak sesuai dengan postur badan boleh membawa keletihan yang sangat ketara. Pekerja yang bekerja di pejabat selalunya akan menghadapi masalah ini kerana terpaksa duduk daam satu posisi berjam-jam lamanya.
Selain itu pemandu kenderaan berat juga selalu menghadapi masalah yang sama.

Kasut tumit tinggi
Walaupun pemakaian kasut tumit tinggi boleh meningkatkan keyakinan pada pemakai, tetapi jika dipakai dalam masa yang lama ianya boleh meningkatkan risiko untuk pemakai mengalami masalah sakit tengkuk. Ini kerana penggunaan kasut tumit tinggi boleh mempengaruhi tulang belakang dan akan mengakibatkan bahagian tengkuk juga berasa sakit.

 

GEJALA YANG DIHADAPI
Beberapa tanda yang ketara akan dirasai jika berlaku masalah sakit tengkuk ini. Selalunya sakit tengkuk yang di dalam tahap rendah akan pulih sendiri dalam masa beberapa jam atau beberapa hari, tetapi disarankan supaya segera untuk dapatkan rawatan jika keadaan berpanjangan.
Berikut beberapa gejala yang akan dirasai oleh seseorang yang menghadapi sakit tengkuk:

Tengkuk terasa tegang
Selalunya gejala ini akan dirasai selepas bangun dari tidur. Sukar untuk menggerakkan kepala dan kadangkala terpaksa ampu dengan tangan bagi menggerakkan kepala.

Sukar untuk menoleh
Terpaksa untuk menggerakkan keseluruhan badan atau bahagian pinggang ke atas untuk membolehkan melihat ke kiri atau kanan. Apa-apa pergerakan juga akan membuatkan tengkuk berasa sakit.
Selalunya sakit sebegini akan sembuh sendiri dalam masa yang tidak lama. Otot tengkuk akan pulih sendiri dari kekejangan akibat menahan di posisi yang tidak selesa dalam jangka waktu yang lama.

Sakit di belakang kepala
Sakit tengkuk yang teramat sangat boleh mengakibatkan kepala berasa sakit. Selalunya bahagian belakang kepala yang akan lebih terasa.
Rasa panas, menekan sehingga mengakibatkan pesakit sukar untuk membuka mata. Ini sudah di tahap bahaya. Perlu dapatkan rawatan segera ataupun makan ubat yang diluluskan doktor.

Bahu berasa lenguh
Selain dari sakit yang naik ke atas kepala, pesakit juga boleh berasa tidak selesa di sekitar bahu.
Rasa tegang di bahagian bahu akan menyebabkan kurang upaya untuk menggerakkan tangan.

Lesu tubuh badan
Sakit tengkuk yang teramat sangat boleh mengakibatkan tubuh badan berasa sangat lesu kerana terlalu kerap menahan rasa sakit.
Ini boleh menjejaskan produktiviti harian dan membuatkan murung sepanjang hari.
Segala aktiviti dilakukan tanpa rasa bersemangat.

 

Sakit tengkuk yang berpanjang akan menyebabkan kehidupan seharian menjadi murung. Disebabkan itu, dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.

Tengkuk yang sihat boleh membuatkan hari anda ceria 😀
Tengkuk yang sakit? Aduhhh. Jangan murung sepanjang hari oke.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *