PEK PANAS

      9 Comments on PEK PANAS

APAKAH PEK PANAS (HOT PACK)
Penggunaan pek panas dalam merawat sakit sendi dan otot sangat digalakkan untuk kelegaan yang cepat dan berpanjangan. Di sini kami akan merungkai beberapa fakta berkenaan pek panas.
Pek panas juga dikenali sebagai termoterapi yang bertindak dengan cara meningkatkan suhu di dalam tisu badan. Apabila suhu tisu badan meningkat, terdapat beberapa kesan yang akan berlaku, antaranya ialah:

  • Meningkatkan kelancaran pengaliran darah di sekitar kawasan tempat yang diletakkan pek panas
  • Meningkatkan metabolisma
  • Meredakan ketegangan tisu

Harus diingat bahawa penggunaan pek panas bergantung kepada kecederaan yang dialami. Tidak semua kecederaan boleh dirawat terus menggunakan pek panas. Luka yang mengalami pendarahan amatlah sangat tidak digalak untuk diletakkan dengan pek panas kerana akan mengakibatkan pendarahan yang lebih serius. Disarankan juga supaya menggunakan pek panas selepas 48jam berlaku kecederaan otot/sendi.

 

KANDUNGAN PEK PANAS DAN CARA BERFUNGSI
Pek panas mengandungi cecair non-toxic sodium acetateyang boleh menghasilkan haba di antara 40-55 darjah selsius. Cecair ini berbentuk pepejal dan akan menjadi cecair semula dalam beberapa saat selepas direndam di dalam air panas. Tindak balas fizikal perubahan semula daripada cecair kepada pepejal yang akan menghasilkan haba berpanjangan.
Pek panas boleh direndam dan digunakan semula sehingga 500 kali. Tetapi ianya bergantung kepada jenis pek panas yang anda gunakan. Sebaiknya gunakan pek panas yang berkualiti tinggi dan disahkan selamat oleh SIRIM ataupun KKM. Ini untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini dan memastikan anda selamat.

 

JENIS-JENIS PEK PANAS
Terdapat tiga jenis pek panas yang boleh digunakan. Pek panas elektrik, pek panas campuran bahan kimia dan pek panas buatan sendiri.

  • Pek panas elektrik
    Kebanyakan pek panas elektrik digunakan di dalam rumah kerana ianya mudah untuk diselenggara. Tetapi perlu diingat bahawa pek panas elektrik yang digunakan mestilah mempunyai sistem yang boleh membendung dari terlebih panas (overheating) ketika dicas.
    Pek panas jenis ini boleh menghasilkan haba panas sehingga 80 darjah celcius. Jadi ketika mengaplikasikan pek panas ini, pengguna perlu untuk meletakkan lapik seperti kain tebal yang menghalang pek panas terus bersentuhan dengan kulit. Ini untuk mengelakkan risiko kulit terbakar.
    Pada zaman kini pek panas sebegini banyak digunakan sebagai pengganti tungku untuk wanita selepas bersalin.

Elektrik pek panas yang selalu digunakan bagi wanita selepas bersalin untuk menggantikan kaedah bertungku.

  • Pek panas campuran kimia
    Pek panas campuran kimia pula terbahagi kepada dua jenis. Pek boleh guna ulang semula (reusable) dan pek pakai buang (disposable).
    Pek boleh guna ulang semula menggunakan larutan natrium asetat (acetare natrium). Pek panas jenis sebegini boleh dipanaskan dengan proses didihan air panas dan boleh digunakan berulang-ulang kali sehingga 500 kali bergantung kepada jenis dan jenama pek panas.

    Untuk menghangatkan pek panas jenis sebegini boleh dididihkan di dalam air panas. dan seeloknya lapik kulit dengan kain tebal untuk mengelakkan sentuhan secara terus antara kulit dengan pek panas.

    Pek pakai buang pula menggunakan kimia eksotermik. Bungkusan paket yang kejap mengandungi serbuk besi lembab yang akan mencetuskan haba dan memanaskan eksotermik seterusnya akan membuatkan pek panas menjadi hangat. Kebanyakan pek panas sebegini digunakan bagi tujuan memberi kehangatan dalam kadar yang selesa di negara-negara yang mempunyai iklim salji. Tetapi pek panas ini juga boleh diletakkan di tempat-tempat yang lebam untuk memberikan kelancaran di saluran darah dan membuatkan lebam beransur hilang.

Lebih dikenali sebagai hand warmer untuk menghangatkan tangan ketika musim sejuk. Boleh juga digunakan sebagai pek panas untuk kegunaan yang sederhana.

  • Pek panas buatan sendiri
    Pek panas jenis ini amat mudah didapati. Cuma perlukan air panas dan botol, balut botol yang berisi air panas dengan kain tebal seperti tuala atau selimut dan gelekkan di tempat yang sakit. Pastikan kulit tidak bersentuhan secara terus dengan botol yang mengandungi air panas untuk mengelakkan risiko kulit melecur.

    Didihkan air, tuang ke dalam botol begini, dan lapikkan botol dengan tuala tebal, tekapkan ke tempat yang sakit.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN PEK PANAS
Terdapat beberapa kelebihan menggunakan pek panas. Antaranya ialah:

  • Mudah digunakan di mana-mana sahaja
  • Boleh digunakan semula bagi pek panas boleh ulang guna (reusable)
  • Mudah dibawa ke mana-mana
  • Mudah dicari di farmasi-farmasi berdekatan

    Untuk sakit belakang, gunakan pek panas begini. Aplikasikan dalam tempoh 15-20 minit.

KEKURANGAN MENGGUNAKAN PEK PANAS
Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan yang perlu diambil kira:

  • Perlukan pengecasan bagi pek panas elektrik
  • Perlukan penjagaan yang betul bagi mengelakkan risiko kulit terkena kandungan kimia pek panas
  • Risiko tersalah guna pek panas atas luka berdarah. Akan mengakibatkan pendarahan yang teruk
  • Risiko pek panas meletup akibat tidak diselenggara/disimpan di tempat yang sesuai

 

PENUTUP
Pek panas yang sesuai dan mempunyai kelulusan dari SIRIM boleh mendatangkan kelegaan kepada pengguna. Jangan kerana inginkan penjimatan, kita sebagai pengguna bijak mengambil tindakan tidak bijak dengan membeli pek panas yang tidak berkualiti.
Pengambilan pek panas juga sebaiknya perlulah mendapat rekomendasi dari doktor bertauliah.
Penggunaan pek panas yang tidak betul seperti terus menggunakannya selepas berlaku kecederaan akan mengakibatkan anggota badan menjadi semakin sakit. Ini kerana dalam tempoh 48jam selepas kecederaan adalah proses pemulihan tisu badan. Jadi selepas 48 jam baharu disarankan untuk menggunakan pek panas. Tetapi jika rekomendasi doktor mengatakan sebaliknya, ikutlah nasihat doktor dalam mengaplikasikan pek panas ke tubuh badan anda.

Untuk kelegaan cepat, gunakan WAIZY KRIM BADAN. Dapatkan di sini

 

9 thoughts on “PEK PANAS

    1. mooyahtr Post author

      Untuk makluman kami tidak menjual senarang jenis hot pack.

      Tuan disarankan untuk menyemak harga di aplikasi jualan atas talian seperti shopee atau lazada.
      Paling terbaik jika sekiranya tuan dapatkan elektrik hot pack dari farmasi² yang berdekatan.
      😊😊

      Reply
  1. cutiepiehaha

    terima kasih atas perkongsian. membantu dalam menyiapkan tugasan yg cg saya bagi. terima kasih tau hehe 🙂

    Reply
        1. mooyahtr Post author

          Secara asasnya penggunaan pek sejuk sama seperti pek panas. Cuma berbeza daru segi masa penggunaan sahaja.
          Pek sejuk lebih kepada langkah awalan jika berlaku kemalangan yang menyebabkan luka dan lebam. Penggunaan pek panas di awal kemalangan akan mengakibatkan pendarahan di tempat luka bertambah serius. Jadi, pek sejuk perlu digunakan ketika ini.

          Kami akan buat entry berkenaan pek sejuk dalam masa terdekat. Stay tune 😉

          Terima kasih kerana terus menyokong tulisan kami 😊😊

          Reply
    1. mooyahtr Post author

      Ada banyak jenis pek panas/sejuk yang tersedia di pasaran. Ada yang khusus untuk panas sahaja dan ada juga yang boleh digunakan untuk dua kegunaan terus.

      Kami lebih menyarankan untuk pembaca membeli pek yang boleh digunakan untuk dua² keadaan. Boleh cari di mana² farmasi yang berdekatan. Tidak digalakkan untuk beli secara dalam talian sekiranya harga yang ditawarkan terlalu murah. Dikhuatiri ianya produk palsu.

      Reply
  2. Pingback: LOMPAT TALI vs SAKIT BETIS (Shin Splints) – MOOYAH TRADING

Leave a Reply to mooyahtr Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *